Usul Minyak : 129 Ahli Parlimen BN Berpakat Zalimi Rakyat!

June 25th, 2008 by haniffz

129 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), di parlimen semalam telah berpakat untuk menyokong usul Kerajaan BN berkenaan penstrukturan semula subsidi minyak dan isu kenaikan harga barang. Usul itu dikemukakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad dan dibahaskan selama tujuh jam dari pukul 12.30 tengah hari oleh seramai 18 wakil rakyat iaitu sembilan daripada BN dan sembilan wakil pembangkang, antaranya Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Usul itu pada mulanya dipersetujui diputuskan melalui undi persetujuan suara semasa sidang dipengerusikan oleh Timbalan Yang Dipertua, Ronald Kiandee.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen pembangkang bertegas mahukan pengundian dijalankan melalui belah bahagi berdasarkan kepada Peraturan Mesyuarat Perkara 44 (3) dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mempengerusikan mesyuarat selepas itu bersetuju dengan cadangan pembangkang.
Kesemua 78 ahli parlimen Pakatan Rakyat yang hadir menolak usul berkenaan demi memperjuangkan tuntutan rakyat agar harga minyak diturunkan.
Rakyat yang memerhati dari luar kamar parlimen pastinya berasa amat kecewa dengan sikap sombong dan zalim pemimpin BN yang secara membabi buta menyokong usul yang dikemukakan walaupun rakyat dikawasan parlimen mereka juga merasai keperitan kenaikkan harga minyak yang melampau kali ini.
Inilah natijahnya bila rakyat memberikan sokongan majoriti kepada BN bagi menguasai parlimen. Arahan ketua Whip dan Perdana Menteri BN menjadi satu arahan yang wajib didengar. Walaupun ada kalangan ahli parlimen BN yang tidak bersetuju dengan dasar ini seperti Mukhriz, tapi mereka enggan menolaknya demi menjaga periuk nasi mereka.
Harga minyak dinaikkan lebih awal pada 4 Jun lalu sebelum persidangan Parlimen dan tindakan membawa usul berkaitan dengan kenaikkan ini seumpama satu tindakkan menghina rakyat yang kini terhimpit. Memang memalukan, kerana harga minyak naik dulu sebelum diluluskan diparlimen. Ini adalah satu tindakan yang tidak demokratik dan drakonian kerana suara rakyat dan wakilnya langsung tidak diendahkan.
Perdana Menteri BN juga sebelum ini melarang rakyat berdemontrasi dan anggota polis dikerah mengawal bantahan rakyat. Pergerakkan dan kebebasan rakyat dikongkong. Ini menjadikan rakyat semakin tidak selesa dan tertekan. Inilah hadiah dari BN atas usaha sebahagian rakyat yang masih kabur dan enggan menukar Kerajaan pada pilihanraya lalu.
Disaat rakyat Selangor bergembira dengan khabar pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu oleh kerajaan PAKATAN, seluruh negara tegar bermuram durja atas kezaliman BN! tahniah penyokong BN. Anda telah masukkan pasir dalam periuk nasi SENDIRI!
Dan jangan lupa, ANDA juga BERDOSA pada seluruh rakyat yang tertindas kerana undi anda pada BN! ANDA juga tergolong dari kalangan PENZALIM dan sesungguhnya orang yang ZALIM dan PEMBANTU-PEMBANTU mereka itu akan menerima balasan masing-masing kelak!
Kepada mereka yang telah insaf dan menolak tindakkan BN ini, ayuh sertai bantahan satu juta rakyat di Padang Timor, Petaling Jaya (Depan Amcorp Mall), jam 10 pagi pada 6 Julai nanti.
Sampaikan mesej ini pada semua rakyat untuk bergabung bagi memberikan tekanan pada BN untuk turunkan harga minyak!

Pak Lah Memang Sengal

June 22nd, 2008 by haniffz

Assalamualaikum…

Pak Lah buat sengal lagi…beberapa hari lepas UMNO/BN dikejutkan dengan berita bahawa SAPP akan menyokong sebarang usul undi tidak percaya kepada kepimpinan Pak Lah dalam persidangan Parlimen yang akan datang(bermula Isnin ini).lepas 1-1 bom jangka dilepaskan keatas muka Pak Lah tetapi itu sedikitpun tidak memberi kesan keatas Pak Lah malah ke"sengal"annya semakin terserlah…jarang amik air sembahyang agaknya Pak Lah ni…

Sebaik SAPP mengadakan sidang media menjelaskan pendirian parti itu terhadap kepimpinan Pak Lah diikuti dengan kenyataan majlis tertinggi SAPP menyokong pendirian tersebut Pak Lah bersegera-segera memanggil pencacai-pencacai UMNO/BN menagih kesetiaan masing-masing terhadap kepimpinannya & mereka(UMNO/BN)telah mengambil keputusan "TERGEMPAR" pada abad ini iaitu - mengutuk tindakan SAPP…

Cheh…kutuk je?Sengal sungguh tindakan "GEMPAR" UMNO/BN…sengal-sesengal-sengalnya tindakan tu…apa yang lebih meng"sengal"kan lagi & yang lebih menonjolkan ke"sengal"an Pak Lah ialah kenyataanya selepas itu iaitu - mahukan penjelasan dari SAPP atas tindakan mereka…umang aih…penjelasan tengkorak apa lagi Pak Lah?Pak Lah ni makin hari makin "sengal" la…

Ahli Parlimen SAPP Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) telah menjelaskan dalam kenyataannya "Memandangkan berlakunya percanggahan tarikh yang telah diputuskan dalam pembubaran Parlimen dan kenaikan harga minyak yang secara mengejut dan mendadak serta ketetapan terhadap isu-isu mengenai Sabah yang tidak diberi keputusan dengan jelas, maka dengan ini,saya mengisytiharkan tidak mempunyai kepercayaan terhadap kepimpinan perdana menteri."

SAPP juga telah menjelaskan 4 sebab mengapa mereka menyokong usul undi tidak percaya terhadap Pak Lah iaitu :
bullet buttonWalaupun seruan demi seruan dibuat oleh SAPP kepada perdana menteri berkaitan dengan isu pendatang tanpa izin, namun tidak ada tindakan konkrit yang telah diambil dan ia menyebabkan "kedaulatan kita terancam".

bullet buttonKenaikan harga bahan api yang dibuat tanpa perancangan, telah membebabkan rakyat Malaysia, khasnya di Sabah (negeri termiskin di Malaysia) mengakibatkan 16 peratus kumpulan miskin, menjadi miskin tegar.

bullet button Merasa gagal dalam melaksanakan tanggungjawab selaku pemimpin yang dipilih oleh rakyat sekiranya ketidakpuasan hati rakyat Sabah terhadap sistem penyampaian yang tidak cekap, rasuah, pembaziran, tiada ketelusan dan akauntabiliti diketepikan. Perkara yang sama juga telah disuarakan oleh pemimpin Umno seperti Datuk Ghapur Salleh, Datuk Anifah Aman dan Datuk Bung Mokhtar.

bullet button Rakyat telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan kerajaan di bawah Datuk Abdullah Ahmad Badawi. SAPP juga berpendapat bahawa sekiranya pemimpin atasan tidak boleh melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan, ia seharusnya berundur dan memberi laluan kepada pemimpin lain mengambil alih.

Saya pula nak tambah satu lagi sebab kenapa SAPP dan seluruh rakyat Malaysia mesti menyokong usul undi tidak percaya pada pimpinan Pak Lah :
bullet buttonPak Lah "Sengal".walaupun berbagai-bagai nasihat & signal diberi kepada Pak Lah supaya melepas jawatan tetapi Pak Lah masih tak faham.ini membuktikan Pak Lah mempunyai masalah "mental"…malah Pak Lah juga tidak konsisten didalam membuat apa-apa keputusan & perancangan & ini adalah simptom-simptom yang terdapat pada pesakit "mental".

Kenyataan "sengal" dari Pak Lah yang berikutnya pula ialah : tindakan terbaru Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee adalah disebabkan "saya tidak dapat memenuhi ketamakan dirinya."

Apa punya sengal kenyatan dari Pak Lah…kalau kita perhatikan permintaan-permintaan Yong yang mewakili SAPP kita lihat tak ada satu pun bermintaanya bersifat "peribadi" sebaliknya apa yang dituntut oleh Yong yang mewakili SAPP semuanya adalah bersifat kepentingan umum.tapi disebabkan majoriti yang memilih ahli UMNO/BN telah memilih seorang yang "sengal" sebagai PM maka kenyataan & tuntutan itu dilihat sebagai kepentingan peribadi…

Memang begitulah sifat seorang yang "sengal"…lain yang dituntut lain yang ditawarkan…penyelesaian yang dituntut,jawatan pula yang ditawarkan…nampak sangat "sengal".

Saya nak nasihatkan pada para penyokong UMNO/BN supaya TAK PAYAH FIKIR BANYAK…tinggalkan terus perjuangan "sengal" UMNO/BN…terang-terangan dah nampak penyelewengan & ke"sengal"an UMNO/BN…tatkala rakyat menuntut penyelesaian dalam apa-apa masalah ditempat masing-masing,PM "sengal" menawarkan jawatan…apa la SARKIS.

Kalau macam tu apa kata kita masing-masing bersatu seluruh rakyat Malaysia menghantar satu surat tuntutan mewakili diri masing-masing kepada Pak Lah "sengal" & tunggukan jawatan yang akan diberi oleh Pak Lah "sengal"…saya yakin sebelum PRU13 seluruh rakyat Malaysia akan menjadi menteri sebab itu sahaja jalan penyelesaian yang Pak Lah "sengal" ada…

Menjelang PRU13 Malaysia akan menjadi "KORIDOR MENTERI"!!!

Hassan, Husam and The Truth About Fuel Subsidy

June 19th, 2008 by haniffz

Hassan, Husam and The Truth About Fuel Subsidy

18 06 2008

Last night, Hassan Marican appeared on National Television willingly to bare all about Petronas. Unfortunately, the only answer he should have gave last night to those stupid panels (and moderator) was “Bloddy hell, what a stupid question! Go and **PAKLAH** yourself la!” but he remained calm though.

Most probably the instruction was to grill him as though the increase of fuel prices is all Petronas faults.

Meanwhile, Last week, before leaving for Dubai, Dato’ Husam Musa called for a Press Conference to reveal all the facts and to justify his claim that it is not necessary for the government to increase fuel prices. It is also to give his insights on how actually it is possible to reduce the fuel prices.

Unfortunately, none of it ever came out in the mainstream papers although we have about 30 journalist and broadcaster packing the small office. The TVPAS reporter came ten minutes later and arrogantly left the room because the session already started. As a result, the session goes unrecorded. It was a total blackout on what was said and PAS official organ too play a role in it.

I have written in this blog all the facts and have published the figures to justify the claim where many are more interested to use rhetoric and to show the slimy strength by demonstrating and cause misery to the already much affected taxi drivers and shoppers in KL.

To some politicians, it is easier to get your photos and story published in newspaper by behaving like hooligans in public places yet when you got the chance to speak up, only buckets of nonsense do come out.

Today I will continue with my essay and we will discuss how it is possible to reduce the price of fuel prices and to put a stop in the already escalating cost of living.

Kerajaan Tidak Berlaku Jujur Di dalam Soal Subsidi Bahan Bakar

Kerajaan mendakwa terpaksa membelanjakan hampir RM40 Billion untuk menampung subsidi bahan bakar. Ini adalah sebenarnya satu dusta ataupun, satu cubaan oleh kerajaan untuk mengelirukan rakyat Malaysia.

Hakikatnya adalah,

• Kerajaan tidak menanggung satu senpun untuk subsidi bahan bakar.
• Subsidi bahan bakar juga tidak termasuk dalam data perbelanjaan kerajaan.
• Subsidi bahan bakar sebenarnya tiada.
• Yang ada hanyalah wang yang dibelanjakan oleh kerajaan untuk subsidi tol, subsidi pengangkutan awam, subsidi bahan makanan dan lain-lain subsidi tetapi bukan untuk bahan bakar.

Oleh yang demikian, kenyataan berikut oleh Menteri Kewangan Ke Dua adalah tidak tepat dan bersifat cuba mengelirukan rakyat.

Data yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan Negara jelas tidak seperti yang dinyatakan oleh Menteri Kewangan Ke Dua, Menteri-Menteri Kabinet, Abdullah Ahmad Badawi dan juga oleh Khairy Jamaluddin di Persidangan Agung UMNO 2007.

Data Perbendaharaan Negara menunjukkan maklumat berikut,

Menurut Laporan Perbendaharaan Negara dalam carta 4.3 Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Persekutuan 2008, jumlah subsidi yang ditanggung Kerajaan pada tahun 2007 ialah RM12.1 billion iaitu 9.8% daripada RM124 Billion Perbelanjaan Mengurus Kerajaan. Manakala pada tahun 2008, jumlah subsidi yang diramal oleh kerajaan ialah RM10.1 Billion atau 7.9% daripada jumlah RM129 Billion peruntukan Perbelanjaan Mengurus Kerajaan yang diluluskan dalam belanjawan 2008.

Ini jelas menunjukkan bahawa perbelanjaan mengurus subsidi bahan bakar tidak pernah termasuk didalam perbelanjaan kerajaan kerana,

• Data perbelanjaan mengurus oleh Perbendaharaan menunjukkan jumlah yang lebih kecil dan tentu sekali tidak dapat menampung jumlah subsidi yang kononnya berjumlah RM40 Billion.
• Jumlah subsidi bahan bakar juga tidak termasuk di dalam data-data lain di dalam akaun kerajaan seperti yang tercatat di dalam laporan tahunan Perbendaharaan Negara.

Oleh yang demikian, dari manakah datangnya subsidi tersebut? Subsidi tersebut sebenarnya tidak pernah wujud.

Bahan bakar yang diguna untuk keperluan domestik diperolehi menerusi,

• Mekanisme tukaran minyak mentah negara.
• 400 tong minyak mentah berkualiti “Tapis Blend” iaitu minyak mentah berkualiti paling tinggi di tukar di pasaran global dengan keperluan minyak mentah dalam negara.
• Minyak mentah ini setelah diproses kepada petrol dan diesel di jual kepada rakyat pada harga yang ditentukan oleh kerajaan.
• Kerajaan memperolehi “keuntungan” bersih (kerana kerajaan tidak membelanjakan apa-apa) dari cukai yang dibayar oleh Syarikat Petroleum, Stesen-stesen minyak dan lain-lain pembekal.

Benarkah Minyak Mentah Malaysia Hanya Untuk Beberapa Tahun Lagi?

Kebelakangan ini, rakyat diberitahu bahawa sumber petroleum Malaysia akan berakhir dan negara akan menjadi pengimport bersih (net importer) bahan bakar ini. Ini dijadikan alasan oleh kerajaan untuk menaikan harga minyak dan seterusnya menarik “subsidi” bahan bakar bagi menyediakan rakyat dengan harga semasa bila negara mula mengimport minyak untuk kegunaan tempatan.

Bagaimanapun, Laporan Tahunan Petronas 2006 mencatatkan bahawa sumber minyak mentah Malaysia cukup sehingga tahun 2024.

Hassan Marican, Pemangku Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, pula menjelaskan kepada media bahawa pada tahun 2011 Malaysia akan menjadi net importer Petroleum kerana permintaan dalam negara akan melebihi keluaran minyak mentah negara. Ini bererti permintaan dalam negara akan melebihi 700 ribu tong sehari. Tetapi pada tahun 2011 dan seterusnya, negara akan masih mampu mengeluarkan 700 ribu tong minyak mentah sehari, itu tidak dinafikan oleh beliau.

Berdasarkan Laporan Tahunan Petronas semenjak 1980 melaporkan bahawa simpanan minyak mentah Malaysia semakin bertambah dan bukannya berkurang. Dalam tahun 1980. Dilaporkan bahawa simpanan minyak mentah Malaysia adalah sebanyak 3 billion tong, namun semenjak itu kita telah mengeluarkan lebih 4 billion tong dan hari ini kita hasih mengeluarkan sebanyak 650 ke 700 ribu tong sehari setiap hari selama 365 hari dan pada kadar ini boleh bertahan untuk 20 tahun lagi.

Sebenarnya, simpanan minyak mentah negara semakin bertambah dan bukannya berkurang. Pada tahun 2008, simpanan minyak mentah negara ialah 4 billion tong dan Malaysia berada di tempat ke 28 di dalam pemilik simpanan minyak terbesar dunia.

Minyak mentah Malaysia sebenarnya tidak akan kering dengan begitu cepat. Ini kerana Petronas, sebuah firma petroleum yang dimiliki oleh rakyat Malaysia melabur ratusan juta ringgit setiap tahun bagi mencari telaga minyak baru di seluruh dunia.

Menerusi pelaburan itu terhasilnya penemuan-penemuan baru dan menurut laporan yang sama, nisbah penggantian pada waktu ini ialah 1:1.8 liter.

Ini bererti, bagi setiap satu liter yang digunakan oleh Petronas menemui 1.8 liter sumber baharu. Ini bermakna kadar penggantian adalah lebih besar dari kadar penggunaan.

Penurunan Harga Minyak Tidak Mustahil

Bagi mengoptimunkan perolehan kerajaan menerusi minyak mentah kerajaan sebenarnya tidak perlu menaikan harga minyak. Bahkan kerajaan boleh mengoptimunkan perolehannya dengan menurunkan harga minyak pada waktu yang sama.

Pengurangan Penggunaan Petrol dan Diesel

Harga petrol Malaysia adalah yang tertinggi di kalangan negara-negara pengeluar minyak. Berdasarkan jumlah penduduk 26 juta orang dan kadar pengeluaran minyak mentah sebanyak 650 ke 700 ribu tong sehari, Malaysia mempunyai nisbah pengeluaran yang amat tinggi tetapi ianya tidak dinikmati oleh rakyatnya yang jauh lebih rendah dari negara-negara pengeluar lain.

Harga bahan bakar petrol dan diesel ini perlu diturunkan dan sememangnya mampu diturunkan. Antara proses-proses yang perlu diambil untuk menurunkannya adalah seperti berikut.

Peralihan daripada penggunaan Petrol dan Diesel kepada gas asli untuk kenderaan atau NGV perlu dilakukan kerana faktor-faktor berikut,

• Malaysia adalah negara ke 13 di dunia mempunyai simpanan gas asli terbesar. Pada tahun 2004, Dato’ Mustapha Mohamed mengumumkan simpanan gas asli Malaysia adalah sebanyak 89 trillion kaki padu.
• Walaupun kerajaan menggalakan penggunaan NGV kerana ia lebih bersih dan mesra alam tetapi kerajaan tidak mewajibkan setiap stesen minyak menyediakan kemudahan ini. Akibatnya stesen NGV amat terhad dan tertumpu di sekitar Lembah Klang sahaja.
• Penggunaan NGV secara meluas oleh pemilik kenderaan akan mengakibatkan permintaan terhadap petrol dan diesel berkurangan.
• Kesannya negara boleh menjual lebih minyak mentah dan ini akan membawa lebih banyak pulangan.
• Menerusi pendapatan lebihan ini, harga petrol dan diesel dapat dikurangkan lagi.

National Petroleum Advisory Council

Penubuhan semula National Petroleum Advisory Council (NPAC) bagi mengumpulkan pakar-pakar bagi merancang guna sumber tenaga negara dan mementuk polisi-polisi tenaga Negara yang berkesan. NPAC ditubuhkan bersama dengan penubuhan Petronas tetapi ianya sudah tidak wujud lagi pada hari ini.

Petronas sering mencatat keuntungan besar dari setahun ke setahun. Dan sebagai sebuah syarikat yang menjaga khazanah milik rakyat Malaysia, struktur organisasi Petronas perlu bermatlamat menjaga kepentingan rakyat.

Oleh itu NPAC perlu dihidupkan semula dengan melantik tokoh-tokoh berwibawa dan bukan semata-mata ‘perlantikan politik’. Dengan erti kata lain, menghidupkan semula NPAC tidak bermakna jika sekadar mahu melantik tokoh-tokoh UMNO yang telah ‘expire’ seperti contohnya dengan melantik Abdul Rahim Thamby Chik atau Zainuddin Maidin.

Check And Balance Di Dalam Petronas

Pada hari ini, Tan Sri Dato’ Mohd. Hassan Merican memegang ketiga-tiga jawatan tertinggi Petronas iaitu Sebagai Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas. Sebelum ini dua jawatan ini disandang oleh individu berlainan.

Tanpa mahu mempertikaikan pencapaian dan kejayaan yang dibawa oleh Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Hassan Marican sejak diteraju Petronas, namun dengan memegang ketiga-tiga jawatan ini, Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Hassan Marican menjadi begitu kuat sehingga menyukarkan check and balance di dalam Petronas seterusnya mengakibatkan tiada ketelusan di dalam pengurusan Petronas.

Kesimpulan

Rakyat Malaysia seharusnya menikmati kemakmuran daripada kenaikan harga minyak dipasaran dunia. Sebagai pengeksport bersih minyak mentah, kenaikan harga minyak beerti pulangan tambahan kepada negara.

Malang sekali, bukan sahaja tidak dapat menikmati kemakmuran daripada sumber hasil negara ini, rakyat Malaysia dibebankan pula oleh kenaikan harga minyak yang seterusnya memberi kesan berantai terhadap harga barang-barang keperluan.

Berdasarkan hujah-hujah dan data-data yang telah diketengahkan, terbukti bahawa tindakan kerajaan untuk menaikan harga minyak adalah tidak berasas.

Ini membuktikan kelemahan di dalam pengurusan oleh kerajaan dibawah pimpinan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.

Rakyat Malaysia seharusnya menuntut hak mengecapi kemakmuran sebagai negara pengeluar minyak dan menyeru kerajaan menurunkan semula harga minyak. Jika ini tidak dilakukan, ekonomi negara akan merudum dan rakyat bukan sahaja akan menderita akibatnya tetapi terpaksa pula berdepan dengan pelbagai masalah sosial yang berpunca darinya.

Pulangkan Hak Rakyat Segera!